Sorry to burden u with such trivial, self-absorbed matter of mine. Need NOT continue reading if you have much better things to do. Just have to get a few things out of my system. In the hope that it will be a much needed therapy. God willing.
Saya sedaya upaya cuba mengingatkan diri untuk
Do unto others as you would have them do unto you. Or, my preferred version,
One should not treat others in ways one would not like to be treated . I try to live by this saying as much as i can. Tetapi sebagai hamba Allah yg hina, saya kerap terlupa. Dan tanpa sedar, atau mungkin juga DALAM sedar, kita menyakiti hati dan perasaan orang lain. Ini saya akui sangat-sangat. Sangat. Saya menyesal. Tapi ini tidak menjamin saya tidak akan mengulanginya. Definitely not. But i'll try.
Ok. Ini cuma luahan perasaan saya. Sila abaikan.
Saya sangat2 memohon, tolong jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan saya. Kerana saya tahu anda tahu bahawa saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Saya lemah. Sekalipun bukan sebagai sahabat atau kenalan, anggaplah saya sebagai seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sukar. Bagi saya untuk menolak. Bagi saya untuk berkata tidak. Kepada anda-anda yang dekat di hati saya. Tetapi jika saya dekat di hati anda, anda juga tahu. Dan jika saya tahu anda tahu, mungkin lebih mudah. Untuk saya, bukan menolak, tapi menyatakan yang seadanya sekiranya saya tidak mampu. Itu jika saya tahu anda tahu siapa saya. Tapi saya sedar. Saya tidak boleh menuntut orang untuk selalu memahami saya. Bukan saya seorang sahaja yang hidup di dunia.
Dengan tidak berkata tidak walaupun sebenarnya saya tidak mampu, bukan bermakna saya tidak ikhlas. Tetapi hanya Tuhan yang tahu keikhlasan kita. Saya tidak mahu mengeluh, tetapi saya sedih. Cuma sedih. Mungkin lain kisahnya jika anda seorang yang jauh dari lingkungan hidup saya. I do it because i care. Please don't take advantage of it and turn it into something that's not-so-caring any more. Because I DO care.
Sekali,
seikhlasnya saya gembira kerana diberi peluang untuk menolong.
Dua kali, saya faham mungkin tidak disengajakan.
Tiga kali, mungkin terlupa, cuma manusia biasa.
Sekiranya BUDI yang kita caturkan di sini, insyaAllah saya lebih gembira kerana boleh dibawa untuk berjumpa Tuhan walaupun sedikit. Tapi di sini, saya risaukan masa depan. Apa yang berlaku sekiranya dibiar berlarutan.
Saya bukan Nabi. Saya tidak istimewa. Saya
marah. Saya
geram. Saya
kesal. Saya pasti saya juga
hipokrit kerana berjaya menutup semua itu dengan kain lutsinar dan saya berjalan bersama kain lutsinar itu setiap hari. Tapi saya bersyukur kerana sifat mudah lupa kadangkala menguntungkan saya. Mungkin esok saya akan lupa, cuma saya harap anda tidak mengingatkan saya dengan mengulanginya dan saya akan kembali membawa kain lutsinar yang sudah berapa kali cuba dibuang tetapi tetap tersimpan rapi di dalam kocek hati.
Ramai yang bencikan hipokrit. Maaf.