Pages

November 25, 2010

The tough gets going

Hi! What's up people!!

Hope November has been treating u well.

Can't wait for PENANG this weekend. Will be attending the ICD Coding course for 
FIVE DAYS STRAIGHT!! 
FROM EIGHT TO FIVE EVERYDAY!!

Hoping it will be a fun trip. A chance to unwind...kan kan kan???!!!


Uuuuu since we're talkin about work, I have an assistant now yayy!! (bajet mcm bos besar je ada assistant bagai. Harap jgn terpedaya)
I don't run a one-man-show anymore yayyyy!! Thank God for Syiqin =). Now that I have her, I no longer feel suffocated and helpless. Getting ready for work is not that much of a drag anymore. My work has become a lot more organized already! After only 4 days! Hoping it will stay that way woohooo!! 
Sikit lagi nk merasa berenang dlm lautan kertas yg melimpah ruah. Kesian pokok. 

Now I don't have to worry my crazy little head off, whenever i'm on leave or when i have to go on courses like the one I'm going to next week. That's a big-ass burden being lifted off my already hunched shoulders. 

November 19, 2010

SEMBAB

pernah tak anda menangis sampai lebam? sampai demam? kalau xpernah boleh cuba.



November 15, 2010

prolly one of the hardest to publish

They say you'll never know if you don't try. There's no harm trying. Well darlin',
It's easier said than done.
I'm talking about relationships bytheway..

Don't get me wrong here, I love watching happy people being happy.
But with happiness comes sacrifices. You have to give something to get something back in return. But not everyone is strong enough to understand and say out loud that in the end, all of it will be worth the risk.

That is one of the reasons why i've always lived like this. I prefer to
keep a comfortable distance.
 I can't remember when did I put up this invisible wall around me. Guess you can say that I'm sorta content with loneliness that I don't feel too much of it anymore. I'm so used to it that it doesn't bother me anymore. Maybe once in a while, but not so much. The secret? God, family and friends.

Does any of these sound familiar?



Now I just have to find my only exception. Maybe I have, maybe I haven't. I really don't have a clue. I leave it all in the hands of The Almighty. He knows me more than I know myself.

I feel like summing it all up this way. Instead of just asking "Do you love me?", maybe we should add "Do you think I'm gonna be worth the risk?" for good measure. What do you think?

I know i sound paranoid. Hahah!! Just one of the weird issues i have with myself. Me and my insecurities T____T. Still trying to get over it. I'm sure I will. Someday, InsyaAllah.

"And I'm on my way to believing". Help me believe.

October 30, 2010

Ibarat kain putih

Haa...amik kau. Dh rajin sgt pulak dh update hari2. Takpe. Saya yakin ini hanya sementara. Biasalah, emosi wanita(wanita!!) ni bukan boleh harap sgt. 
Ikut suka dia je.
  
Kanak-kanak ibarat kain putih.


Kain putih pakai kain putih
Takperlu lah baby omputeh. Ok, baby comel di negara orang, lebih baik baby sendiri.
*AIK?!?


Skang, siapa berani cakap budak kat bawah ni tak comel mmg nk kena lempang lajulaju. Cakap la cakap. Cuba la kalu berani!! Meh cni meh!! 
Nnt jap sy carik org lain tolong lempangkan.


Adlynn Eryna


Yang ni pulak mmg sedia maklum la...



Mia Sara Nasuha
Asal sumer budak spesis rambut cendawan ni sumer comel2?
Dorang makan apa ek smpi comel begini?

Patutla.

The question is, adakah budak berambut cendawan butang je yg comel? Tak semestinya....ni pon comel jgk. Budak cina jawa celup ni. =p

Cakk!!
Ayden Zhichuen Rashid

And of course. Budak yg menghiasi wallpaper hp sy dari October 2009 smpi hari ini. (Nnt dh jd kacang lupakan kulit, mulala letak gamba lain pulak, biasala wanita manusia)



alololoooo...syg mia!


Damia Zahirah


Last but not least. Ini pon comey jua.
Kesian kena buli bunga bunga



October 29, 2010

Novel melayu tangkap leleh

Ini entri Bahasa Melayu sepenuhnya.
Memandangkan sy baru sahaja selesai membaca novel terbaru karya (karya!) Siti Rosmizah yg bertajuk ni ha...


Memandangkan sudah bertahun-tahun sy tidak membaca novel berbahasa melayu, agak teruja apabila mendapati novel ini memenuhi toko buku popular sehingga tidak cukup rak. Setelah menganalisa di dunia internet tentang novel ini, maka saya pun tertarik untuk membelinya. Kerana saya memang cukup meminati buku/novel/drama/filem/iklan yg tangkap nangis@tangkap hingus.

Memandangkan saya dah menangis berbesen-besen air mata dan air hidung, sy suka buku ini. Dalam pada itu, saya juga turut gelak sorang-sorang sambil ketuk2 dahi dgn novel.

Memandangkan saya dh lama tak berkecimpung dalam bidang novel melayu ni, saya mengalami kesukaran untuk menghadapi kenyataan hidup dunia realiti sebaik sahaja selesai menghabiskan 810 mukasurat novel tersebut.

Ini dari sistem pesanan ringkas yg saya hantar kepada rakan baik saya bernama fiza sebagai bukti.
U, i bgn td kan, rs sebak sbb i dh anggap diorg mcm keluarga i sendiri. Asal i pndg je buku tu, rs cm i dh tgglkn sbhgian dr kisah hidup i. Knp i rs mcm ni fz? Kenapa!?
Di mana dia membalas dengan
Gilakk u ni. Mula2 bc msg u, igt sapa la kluarga u tu. Benda ni take time skit. Sbb bnd u wat hr2, mst ada krinduan. cewah ayt xblh blah. nnt 2,3 hr ok la tu.. 
HAHAH!!!! Tapi serius ntah apa2. Nasib baik sudah pulih seperti sedia kala. Poyo lah neena.


October 28, 2010

Drama Melayu

Meh-meh cni nk update. Tadi baru lps meeting gempak gilos dr tgh hari sampai kol 5 kt hotel New World Suites. Meeting ni dgn CEO dtg dr kl tu haa..so hagaklaaa kan. Memula lunch kt restaurant hotel. Masa tu mmg makan tak ingat dunia smpi tambah nasi 2 kali. Jakun kah dpt mkn free? Lps mkn pi naik tingkat 10, masuk meeting room. Fuyoh dasat dh rasa mcm drama melayu, meeting dgn share holder syarikat kepunyaan ayah yg merupakan seorang Dato'.

Tgh syok2 berbincang dan mengangguk buat2 paham, tea break la pulak. Byk pulak tu makanan tea break mcm lunch kali ke2. Muntakedarah lg. Lps mkn mihun+ayam+popia+desert, sambung blk. And then came my turn to present my report from my dprtmnt. Ntah kenapa dah tak nebes sgt. Kali ni pipi tak menggigil mcm selalu. Slide nyer ada 7 je so.......ting-tang-ting-tang-alexander.......dh siap present. And the CEO commented, "I like your slides". Which i modestly replied, "Thank you...heheh" pastu wajib sengeh mcm kerang ni. 


Pastu dh nk blk kan, i smpt grab satu popiah. And masa tgh menyumbat popiah dlm mulut, ada la pulak CEO kt tepi tu and he smiled and said, again, "I like your slides". Masa tu dh musykil, eh mamat ni sindir aku ke? Because my slides were yg plg terburuk skali dgn background putih, dan bar chart dan pie chart sematamata. Walhal org lain pny gempak-baikpunyer-palingcun-wow ada tulisan pusing2, kaler oren, warna-warni, siap ada map negeri sarawak gituh. And i just did my slides this morning. Mmg last minute giler. Xpela. Redho.

Saja je nk kaburkan mata korang dgn cerita merapu ni, padahal nk bgtau org puji slide presentation dia cheh! Ok2. Sebenarnya...as tomorrow is the 29th of October, saya nk wish HAPPY BIRTHDAY to a very good friend of mine, CIK JEHAN BAHRI a.k.a AJIE CHEM!!! Semoga perjalanan hidup u sentiasa dipermudahkan, semoga mendapat rezeki yg melimpah ruah, semoga cpt naik pelamin winkwink dan semoga diberkati oleh Allah selalu di dunia dan di akhirat. Love u lots..Muahmuah!! 

Haaa.....ayok...mana satu bday girl, ayok....


October 17, 2010

I bet you can relate

just to share something i stumble upon just a few minutes ago. Totally caught my interest. 


True, huh..

September 30, 2010

24th to 29th Sept 2010 (part 1)

This holiday was super fun. Although there are LOTS of things that I didn't get to do and LOTS of people I didn't get to meet, I feel happy and blessed to be surrounded by wonderful people. Alhamdulillah.


Sorry to my beloved friends whom i couldnt find the time to meet. Bad time management on my side. Sorry to the D108s in KL(ct and nana), nana redzuan, usop, kak amy ('Setahun Sekali bersama Amy Mastura' agegegege). And maybe a few names that i've missed. Sorry xcontact n jmp korang. =(

Just so I won't forget this, years n years from now, here goes. On September 24th, at about 9.30pm, i drove from KLIA to excelsa (sewa keta kwn ayah sbb my mom and grandma will be coming on the 26th so senang nk ke mana2 n amik diorang kt epot). The minute i knocked on the door of my old house, half expecting my friends to be in their pyjamas and lounging in front of the tv or their laptops. But i didnt know any better. Somehow it took a while for the person behind the door to open the door. And I  knew i heard whispers from inside the house. Masa tu dh suspect sumthing. Sekali pintu terbukak HOMAKNGKAU TEKEJUT AKU!! Obviously embarrased by the person who opened the door for me, i quickly averted my eyes to the other parts of the house and saw almost 20 pair of eyes staring back at me. 

T.E.R.K.E.J.U.T + S.E.G.A.N = MENGGIGIL TAKHINGAT.

BUT, not before i heard this tiny little voice that I've missed owh-so-much that shouted, 

"NEENA!".

Damia's a big girl now. Neena loves you mia.
I was overjoyed. She remembers me!! I was told that both her and her mom couldnt come to kl that weekend. But they came! Would have broken into an ugly cry if I wasn't so freakin overwhelmed and shaking uncontrollably. Over kan reaction i? Sedar diri jap. Ok.

Thank you. Terima kasih sbb wat open house sama hari dgn time i blk dan buat i perasan dan rasa mcm VIP a.k.a mak Datin. I will remember it for the rest of my life.






Hahah. Macam-macam.

September 19, 2010

emotionally drained

my patience was put to the test a bit more frequently these past few weeks. ntah. a few things accumulated one after the other and i burst into tears before you can say BEJABBERS! 

Cry baby yeah i know. Can't help it. Sue me. HIHIHI..

enough of the sissy stuff already. 

Lately dh kembali malas nk update blog. Reason being i find it much more enjoyable reading everyone else's blog. caught myself laughing at the computer screen more often than not. Interesting lives these people have, i tell ya. Whilst mine is just plain and boring same old same old. So you tell me which one's better. I pick reading interesting blog over blogging boring blogs haha! T_T baiklah. But i do try and push this butt of mine to continue blogging simply cause i just love to read them over again few years after.

Sentimental-lass-i-am

Ok. As i mentioned earlier. Emotionally drained. Although i'm not sure if i still am. Haha..see? kejap je kalau cengeng pon. xlama. Bye!







September 7, 2010

More stuff from Facebook

Here's a wonderful article i found on facebook, shared by someone called Tengku Muhammad Kalmani As-Saif (xkenal pon sbnrnya).



PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
 
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

This article understands wives like never before....(^_^)
Semoga menjadi pedoman dan pengajaran buat suami2 dan bakal2 suami.
Dan mungkin juga sebagai pengetahuan dan muhasabah diri buat isteri2 dan bakal2 isteri. InsyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...